Sinopsis Program Realiti Lara Oh Lara ! (Astro Ria)

Sinopsis Program Realiti Lara Oh Lara ! (Astro Ria)

Tajuk : Lara Oh Lara
Mula Tayangan : 17 Ogos 2016
Masa : Setiap Rabu, 9.00 Malam
Siaran : Astro Ria & Maya HD
Terbitan : Astro
Jumlah Episod: 13

Artis Jemputan : Ella, Remy Ishak, Zizan Razak, Liyana Jasmay, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.

SINOPSIS LARA OH LARA
Menurut Awal, program itu bukan sahaja memaparkan aktiviti harian Lara di rumah tetapi juga di sekolah, taman hiburan, percutian ke Jepun dan beberapa lokasi lain.

"Sebelum ini ramai cakap tak puas menonton aksi Lara di laman Instagram. Jadi dengan adanya program ini kerinduan peminat terhadap Lara sedikit sebanyak terubat.

"Turut dipaparkan beberapa klip video eksklusif yang tidak pernah dipertontonkan sebelum ini. Menariknya juga dalam program ini kami berkongsi tip berkenaan penjagaan anak," katanya.

Selain menjadi kanak-kanak pertama mempunyai program realiti, Lara juga mencatat sejarah apabila memiliki jumlah pengikut sebanyak 2.1 juta di laman Instagram.
Sinopsis Program Realiti Lara Oh Lara ! (Astro Ria) Sinopsis Program Realiti Lara Oh Lara ! (Astro Ria) Reviewed by Bukan Cincai on 12:03:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.