Sinopsis Drama Lara Aishah (Astro)

Sinopsis Drama Lara Aishah (Astro)

Tajuk : Lara Aishah
Mula Tayangan : 29 Ogos 2016
Masa : Setiap Isnin-Jumaat, 6.00 petang
Siaran : Astro Prima 105 & Astro Maya HD 135
Terbitan : Global Station Sdn Bhd
Jumlah Episod: 100

Pelakon : Nazim Othman, Fasha Sandha, Jasmin Hamid, Dayana Roza, Shahrizal Jaszle, Afzan A.Rahman, Maria Farida, Eizlan Yusof, Ainul Aishah, Adam Lee,Dian P.Ramlee, Sasqia Dahuri, Watie Sadali, Ku Faridah, Liza Abdullah,

SINOPSIS LARA AISHAH
Mengisahkan tentang dua wanita iaitu Aishah yang berjuang untuk menyelamatkan pasar tempatan daripada dirobohkan dan mengenai bekas banduan bernama Zurin yang ingin mencari anak kandungnya yang telah hilang. Zurin telah dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya dan semua itu telah dirancang oleh ibu mentuanya.
Apabila dibebaskan dia medapat tahu bahawa anaknya telah diculik ketika kecil dan masih hidup , lalu Zurin nekad untuk membalas dendam. Sementara itu, Aishah yang dibesarkan Muiz dalam serba kekurangan. Dia hanya bekerja di pasar dan terkenal dengan sikap keras hati. Apabila mengetahui pasar itu bakal diambil alih, lalu Aishah bertekak dengan Datuk Alif, anak pemilik premis tersebut.

Pergaduhan di antara mereka juga menemukan Aishah dengan Iskandar, waris daripada keluarga mentua Zurin. Iskandar menipu Aishah dengan menyatakan dia hanya seorang mekanik yang miskin. Perkenalan itu telah membuahkan bibit-bibit cinta di antara mereka. Dalam pada masa sama, keluarga Iskandar mahu menyatukan jejaka itu dengan Felisha dyang dimana sanggup melakukan apa saja untuk memusnahkan Aishah. Ditambah dengan kehadiran bekas kekasih Aishah yang merumitkan lagi keadaan.
Sinopsis Drama Lara Aishah (Astro) Sinopsis Drama Lara Aishah (Astro) Reviewed by Bukan Cincai on 21:03:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.