Sinopsis Drama Kopi Sentul Mocha Santorini (TV1)

Sinopsis Drama Kopi Sentul Mocha Santorini (TV1)

Tajuk : Kopi Sentul Mocha Santorini
Mula Tayangan : 4 Febuari 2016
Masa : Setiap Khamis & Jumaat, 11.05 Malam
Siaran : RTM1
Terbitan : -
Jumlah Episod: 26

Pelakon : Janna Nick, Riz Amin, Talha Harith, Erry Putra, Emelie Hanif, Ku Fridah, Mahmud Ali Bashah, Mandy Chong dan Lia Natalia

SINOPSIS KOPI SENTUL MOCHA
Cerita berkisar mengenai  dilema dihadapi si anak mahu memilih antara keluarga dan cinta sejati juga konflik kekeluargaan yang dihadapi watak utama Azam dan Alya.

Azam, seorang usahawan mendapat panggilan kejutan daripada pekerja kedai café milik adiknya Adriana memberitahu pengurus café tersebut telah lari. Azam yang ketika itu sibuk dengan kerjanya, terpaksa pergi ke sana dan menyelesaikan masalah disana. Alya yang bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah kedai kopi di Sentul tidak sengaja menumpahkan kopi ke atas pelanggan bernama Azam. Azam memarahi Alya dan pengurus di kedai kopi itu hingga Alya dibuang kerja.

Alya kemudiannya bekerja sebagai pembantu kepada Cikgu Azimah, guru adiknya Anum yang cacat pendengaran. Azam dibelenggu rasa bersalah cuba mencari Alya untuk meminta maaf. Sementara itu Tengku Azlin, anak kenalan Datin Julia, ibu Azam menawarkan dirinya untuk membantu menguruskan café milik adik Azam, Adriana. Azam bersetuju.

Alya kemudiannya menghadiri temuduga dan diterima bekerja sebagai pelayan di café milik Alya. Dia terkejut mendapat tahu Azam abang pemilik café tersebut. Sejak kehadiran Alya, Azam semakin kerap ke situ dan jatuh cinta pada Alya. Namun Alya pula tidak melayannya.

Sementara itu Asri, bapa Alya melarang keras hubungan Anum dengan Cemong, anak jirannya. Alasannya Cemong tiada wawasan hidup. Namun Cemong tidak putus asa dan meyakinkan Asri dia ikhlas terhadap Anum. Cemong nekad mengusahakan perniagaan kuih ibunya secara komersil.

Hubungan Azam dan Alya mendapat tentangan hebat Datin Julia. Dia mahu menjodohkan Azam dengan Tengku Azlin. Datin Julia mengugut Alya meninggalkan Azam hingga memaksa Alya menerima tawaran café Adrianna untuk menjalani latihan kerja di Santorini, Greece. Azam kecewa. Hubungan Datin Julia dengan suaminya Dato Azman mula bergolak bila dia mendapat tahu Cikgu Azimah adalah anak kandung Dato Azman dengan bekas isterinya. 

Dua tahun kemudian Alya masih di Greece. Adrianna menyarankan agar Azam menjejak Alya ke sana. Dia mahu Azam bahagia bersama wanita yang dicintainya itu. Akhirnya mereka bertemu semula. Kesungguhan Azam mencairkan hati Alya. Namun timbul pula konflik bila ayah Alya menyuruhnya pulang ke Malaysia dan berkahwin dengan Hafez, anak rakan kongsi perniagaannya, Budin.

Datin Julia terus-terusan menghalang hubungan Azam dengan Alya. Dia tetap mahukan Tengku Azlin sebagai menantu. Pada masa sama dia merancang niat jahat terhadap Azimah yang dianggap mahu merampas harta suaminya. Situasi itu turut mengganggu hubungan Azam dan Alya. Azam menyokong ibunya manakala Alya mahu membantu Azimah mempertahankan haknya.

Alya cuba membuatkan Azam putus asa dengan hubungan mereka mengatakan dia akan bertunang dengan Hafez. Azam kecewa lagi. Alya lari balik ke Malaysia. Azam juga kembali ke Malaysia, hatinya terlalu kecewa menyebabkan Azam menjadi semakin murung.

Hingga satu ketika Azam pula mengugut Alya dia akan berkahwin dengan Tengku Azlin. Mereka yang saling mencintai rasa terseksa dengan situasi itu. Ugutan Datin Julia mahu menghancurkan perniagaan ayahnya membuatkan Alya lari semula ke Greece. Azam segera mengejar Alya.

Azam terdengar perbualan ibunya dengan Azlin dan segala berbuatan Datin terbongkar. Azam terlalu marah, lari keluar dari rumah tapi malangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Di rumah Dato Azman diserang sakit jatung akibat sikap Datin yang melampaui batas.

Azam koma dan sebaik sedar dia disahkan menghidap amnesia dan langsung tidak mengenali Alya. Lalu apakah kesudahan cinta mereka? 
Sinopsis Drama Kopi Sentul Mocha Santorini (TV1) Sinopsis Drama Kopi Sentul Mocha Santorini (TV1) Reviewed by Bukan Cincai on 13:39:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.