Cara Mudah Kumpul RM32,000 Betul-Betul Selepas Graduate, Budak U Wajib Baca!

Cara Mudah Kumpul RM32,000 Betul-Betul Selepas Graduate, Budak U Wajib Baca!

Orang lain, bila dah graduate semua mula sengkek. Sebelum ni mengharap PTPTN dan biasiswa. Mewah tak ingat dunia. Gaya hidup mengalahkan orang yang dah kerja gaji ribu-ribu. Haha.

Jadi, anda sebagai anak muda berwawasan, jangan jadi macam tu. Dapat segulung ijazah, biarlah pakej sekali dengan duit RM32,000. Mari sini saya tunjukkan cara untuk memiliki tunai RM32,000 selepas graduate.

Okey macam ni. Kalau anda masih belajar, peruntukkan duit PTPTN, biasiswa atau bisnes kecil-kecilan untuk pakai teknik ni. Idea ini sangat ideal kalau anda sekarang berusia 18-20 tahun.

Bukan banyak pun wei. RM275 saja sebulan. Celah gigi. Daripada anda layan movie dan drama kat kolej tu berjam-jam sehari, baik anda fikir macam mana nak dapatkan RM275 tu setiap bulan.

Budak UiTM lagilah takda alasan tak mampu pakai teknik ni. Yuran belajar, kolej semua murah. Tak cukup? Memang tak cukup kalau asyik mentekedarah kat kedai hipster nun. UPNM pula siap ada elaun lagi. Masyuk!

RM32,000 DALAM MASA 5 TAHUN.
➖➖➖➖➖➖

➡ Tahun pertama, mohon ASB Financing-i RM50,000 (Sijil 1) dengan keuntungan bank 5.2% dan tempoh pembiayaan selama 30 tahun. Ansuran bulanan adalah sekitar RM275.

Selepas setahun, dividen yang diumumkan adalah 7.25% bersamaan dengan RM3625.

Hasil dividen: RM50,000 x 7.25% = RM3625
Ansuran setahun: RM275 x 12 = RM3300
Baki dividen: RM3625 – RM3300 = RM325

Gunakan dividen tersebut untuk membayar ansuran pada tahun seterusnya (rolling dividen). Baki dividen sebanyak RM325 jangan dikeluarkan.

➡ Tahun kedua, mohon lagi sekali ASB Financing-i RM50,000 (Sijil 2) dengan keuntungan bank 5.2% dan tempoh pembiayaan selama 30 tahun. Ansuran bulanan adalah sekitar RM275 juga.

Selepas setahun, dividen yang diumumkan adalah 7.25% bersamaan dengan RM3625.

Hasil dividen: RM50,000 x 7.25% = RM3625
Ansuran setahun: RM275 x 12 = RM3300
Baki dividen: RM3625 – RM3300 = RM325

Gunakan dividen tersebut untuk membayar ansuran pada tahun seterusnya (rolling dividen). Baki dividen sebanyak RM325 jangan dikeluarkan.

➡ Ulang kaedah yang sama setiap tahun selama 5 tahun sehingga anda mempunyai 5 Sijil ASB Financing-i RM50,000.

ASB had maksimum RM200,000 sahaja. Begitu juga ASB2, RM200,000 juga. Kalau dah penuh ASB, boleh penuhkan ASB2 pula.

Jadi, selama 5 tahun, anda hanya bermodalkan RM275 setiap bulan. Selepas 5 tahun, terminate semua Sijil 1-5 untuk mendapatkan tunai.

Sijil 1✔
Prinsipal terkumpul: RM3960
Dividen terakhir: RM3625
Baki dividen terkumpul: RM325 (4)
Jumlah: RM3960 + RM3625 + RM325 (4) = RM8885

Sijil 2✔
Prinsipal terkumpul: RM3080
Dividen terakhir: RM3625
Baki dividen terkumpul: RM325 (3)
Jumlah: RM3080 + RM3625 + RM325 (3) = RM7682

Sijil 3✔
Prinsipal terkumpul: RM2250
Dividen terakhir: RM3625
Baki dividen terkumpul: RM325 (2)
Jumlah: RM2250 + RM3625 + RM325 (2) = RM6525

Sijil 4✔
Prinsipal terkumpul: RM1460
Dividen terakhir: RM3625
Baki dividen terkumpul: RM325
Jumlah: RM1460 + RM3625 + RM325 = RM5410

Sijil 5✔
Prinsipal terkumpul: RM710
Dividen terakhir: RM3625
Jumlah: RM710 + RM3625 = RM4335

Jumlah tunai keseluruhan: RM8885 + RM7682 + RM6525 + RM5410 + RM4335 = RM32,837

Modal: RM275 x 12 x 5 = RM16,500.

Gila, kan? Modal RM16K++, dapat RM32K++. Untung sekali ganda daripada modal yang anda keluarkan selama ini!!

STUDENT BOLEH BUAT ASBF.
➖➖➖➖➖➖

Sama macam pembiayaan rumah, kereta dan peribadi. Pembiayaan ASB juga pun begitu. Hanya diluluskan kepada yang mampu bayar.

Student boleh guna tips ni:

– family link (CIMB) @ joint financing dengan guna payslip ibu bapa atau adik beradik yang sanggup ‘tanggung’ DSR ASBF anda.

– bank statement anda menunjukkan wujud consistent income. Sebab memang ramai student bijak bisnes ada income.

RM32,000 NAK BUAT APA?
➖➖➖➖➖➖

Sambung balik topik asal. Anda dapat RM32,000 ni, cun-cun anda dah tamat belajar, berumur 25 tahun dan dah bekerja dengan gaji RM2000, contoh.

Masa yang sangat sesuai untuk kahwin, umur kahwin ikut sunnah Nabi Muhammad. Nak beli rumah terus pun boleh. Modal dah ada. Apadahal. Haha. – HF

#harithfaisal

SHARE jika bermanfaat.

Penafian:
1. Semua kiraan adalah secara kasar untuk memudahkan kefahaman.
2. Andaian dividen ASB dan ASB2 adalah 7.25% dan kadar keuntungan bank adalah 5.2% sepanjang pembiayaan.
3. Andaian Sijil ASB tidak diambil bersama takaful.
4. Mungkin ada bahagian yang tak sesuai dengan anda, tapi janganlah tinggalkan semua. Pandai-pandailah.

Sumber : Harith Faisal
Cara Mudah Kumpul RM32,000 Betul-Betul Selepas Graduate, Budak U Wajib Baca! Cara Mudah Kumpul RM32,000 Betul-Betul Selepas Graduate, Budak U Wajib Baca! Reviewed by Bukan Cincai on 21:34:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.