‘Budak-budak Fresh Grade Sekarang Ramai Sangat Budak Lembik’

‘Budak-budak Fresh Grade Sekarang Ramai Sangat Budak Lembik’

Hari ni aku nak luah tentang pengalaman aku sebagai seorang pekerja. Aku ni dah kerja hampir 10 tahun. Aku grad kos tak glamor pun.Dulu kalau orang tanya aku kos apa, aku memang cukup malas nak jawab. Sebab nanti panjang soalah. Ni belajar pasal apa? Dah grad nak jadi apa? Takpela… anggapla mereka nak beramah tamah dengan aku.

Alhamdulillah lepas grad aku dapat keje yang tak related sangat dengan kos aku. Tapi aku bersyukur ada jugak yang nak hire aku. Tapi kalau nak banding gaji kawan2 aku gaji aku ni separuh diorang kot. Tapi aku tak kisah sangat sebab aku tau kos aku ni memang tak mudah dapat keje.

Tapi bila dah hampir 10 tahun keje, aku da makin ok. Rezeki berkahwin dan anak boleh dikatakan alhamdulillah…

Cuma kat sini aku nak cerita betapa sedihnya aku tengok budak2 yang baru2 keje ni bagi macam manja sangat. Kena marah dengan majikan da mula protes, demotivated, buat perangai, resign dan ramai yang hilang terus tanpa handover kerje. Kat tempat keja aku nak cari yang keje sampai setahun pun susah. Graduan kat luar merungut takde kerja. Yang dah ade tak hargai pulak.

Sedih sangat tengok adik2 macam ni. Dik, keje memang susah. Aku pernah rasa macam2…. lagi sedih dengan bangsa sendiri yang kulit pun tak berapa nak cerah macam aku.

Ape je yang aku tak kena. Kena marah, maki dengan bos, kena baling kertas, kena marah dengan client. Kena jerit depan staff lain. Tapi aku hadap jugak. Sampai aku takut nak pergi kerja. Kadang2 aku nangis dulu kat umah sebelum pegi keje. Tp aku still pegi jugak keje. Aku bukan kaki MC or EL. Aku bukan orang senang. Sape nak tanggung kalau aku tak keja.

Tipu la kalau aku tak nangis bila kena macam2. Aku akui aku pun tertekan. Nangis jap kat toilet kalau dah tak tahan sangat tapi lepas tu sambung balik keje.

Batch yang masuk sama dengan aku masa 1st job dulu memang ramai resign. Ade yang resign buta tanpa ada back up. Sanggup tak keje sebab stress. Takpe la, mak ayah korang mampu nak bela.

Bila aku da makin ade experience, aku pun da tukar kerja tempat lain, aku rasa aku boleh nak handle kerja dalam pelbagai situasi. Develope seiring dengan pengalaman kerja kita.

Apa yang aku nak sampaikan kat sini untuk adik2 yang baru grad nak keje tu, bertahanlah walaupun kerja tu sukar untuk kita hadapi. Ia akan mendewasakan kita. Bak kata orang putih “what doesn’t kill you makes you stronger”.. Anggaplah ia satu cabaran. Percayalah… kalau kita boleh hadapi permulaan yang sukar, yang lain akan terasa lebih mudah. Cabar diri kita, kesabaran kita, iman kita pada tahap maksimum.
Insyaallah….

Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar.

Sumber : IIUMC
‘Budak-budak Fresh Grade Sekarang Ramai Sangat Budak Lembik’ ‘Budak-budak Fresh Grade Sekarang Ramai Sangat Budak Lembik’ Reviewed by Bukan Cincai on 22:10:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.