Buat Apa Tergesa-gesa Mahu Kahwin?

Buat Apa Tergesa-gesa Mahu Kahwin?

Saya adalah seorang lelaki, suami & ayah pada seorang cahaya mata.

Belakangan ni kerap pulak saya baca kisah-kisah ngeri & yang kurang enak hasil daripada nikah yang tidak bercinta sebelum nikah, kononnya cinta selepas kahwin. Isinya pada pendapat saya hampir kesemuanya punya sebab yang sama. Saya juga bernikah tanpa bercinta terlebih dahulu, memang bercinta lepas kahwin. Alhamdulillah, dengan izin Allah, kehidupan kami bahagia. Mungkin ada beberapa resepi yang saya boleh kongsikan di sini.

Pertamanya, saya banyak baca kes-kes yang terjadi, kebanyakannya sebab kahwin dengan tergesa-gesa. Memang anda baca kisah cinta selepas nikah dalam internet nampak sweet kan, cuba teliti betul-betul, berapa lamakah persediaan nikah tu dibuat. Persediaan di sini bukanlah dari bermulanya merisik. Sebelum bermulanya merisik tu lagi. Saya mengambil masa hampir setahun lebih untuk mengenali friend circle isteri saya ketika itu, kerana sikap & akhlak dia boleh direfleksi daripada jenis sahabat yang dia ada. Sekarang zaman evolusi teknologi, stalk la sikit facebooknya, tengok macamana cara interaksi dia. Tak susah sebenarnya, cuma teliti cara hidupnya saja (Carefull, jangan sampai jadi creepy stalker ya) Take some time untuk kenali bakal pasangan dengan meneliti corak kehidupan tu dulu ok? Saya kenali sikap bakal isteri dengan cara ni sikit-sikit. Boleh tengok camna cara reply komennya ka gitu2. Kalau takde cara nk cek online, proceed ke bawah.

Next, boleh la beranikan diri untuk risik-risik dari mutual friend. Anda perempuan & si lelaki yg tak dikenali approach nk nikah? Tanya kawannya dulu camna sikap dia. Saya bukan nk kecam, jangan sebab selalu nampak dia join usrah terus cop baik ya.. Tanya tu pulak, jangan tanya bff dia sorang (lelaki mahupun perempuan) tanya la bestfriend & sahabat biasa dia. The good & the bad. Tahukan semuanya. “Tak sweet lah dah tau semua nanti, kata nk bercinta lepas kawin”, ehhh.. Nanti lepas kawin baru tau dia ni ada something yang takleh terima baru nyesal kan.

Sebab jujur saya kongsi, nilai toleransi semua orang adalah berbeza. Ada yang mudah tolerate, ada yang tidak. tepuk dada tanya iman. Boleh jugak mintak pendapat bff sndiri, adakah anda kuat tolerate? Tak salah untuk tau sikit-sikit dulu. Orang dulu-dulu pon tau la even diorang dipasangkan oleh keluarga.. Mak ayah masing-masing kenal satu sama lain, dah tau cmna keluarga tu punya perangai, baru la nak pasangkan anak diorang ok? Saya sangat kenal dengan kawan-kawan isteri saya ketika tu, sebelum buat keputusan nk risiknya masa tu. Kenal kawan baik, & kenal kawan yang kenal-kenal gitu je. Alhamdulillah, kawan-kawan dia pon tolong bagi feedback pasal saya dekat isteri ketika tu. Pendapat dia kena hormat jugak tau kalau dia tolak 😉

Lepas tu, kenal dengan keluarga dulu. Mak ayah bakal pasangan tu camna. Eh saya tak faham camna penah 1 confessions kat sini satu ketika dulu encik ni boleh bertunang dengan sorang hijabis ni tapi tak kenal keluarga nya yang tak berapa nak baik, pastu tempias pulak perangai kurang enak tu pada sikap anak diorang si hijabis tu, berlaku kes tunangnya mengandung. Na’uzubillah.. camna korang bertunang tak kenal mak ayahnya.. ishk ishk ishk.. Bukan nak kata hijabis tu tak baik, tapi kenal-kenal la dulu dengan famili bakal pasangan tu sebelum apa-apa. Bukan semua anak-anak dari keluarga rosak akan rosak jugak, boleh dipastikan dengan step 1 & 2 di atas semula la ya.

Ha, yang ni takda denial lagi kalau kata nk cinta lepas nikah. Kenal keluarga ni tak rosakkan suasana korang nak cinta lepas nikah pon. Kenal-kenal la baik-baik. Jadilah bff mak ayah abang kakak adik-adik bakal pasangan tu. No problem. Perangai anak-anak yang dibesarkan di bawah mak ayah yang sama tak berbeza sangat. Ok? Step ni jujurnya saya buat sikit-sikit saja dulu, saya serah pada mak saya untuk baik-baik dengan mak isteri saya ketika tu. Sebabnya, masa 1st day jumpa parent dia, nampak abang dia besar ooi badan. Takut saya. Haha.. Alhamdulillah, badan besar hati baik rupanya (Lepas kawin baru tau. Hihi)

Boleh jugak kongsi dengan teman baik, naqib atau naqibah anda pasal niat anda sebelum apa-apa. Sebabnya, anda mungkin tengah mamai & angau, tak nampak keburukan beberapa perkara yang diorang boleh tolong. Saya kongsi niat saya dengan 2 orang sahabat sebelum memulakan langkah.

Akhir sekali, hormatilah keputusan ibu ayah anda. Mereka kenal perangai anda, mungkin mereka tidak bersetuju anda nikah dengan orang yang tak berapa kenal. Dengar hujah mereka. Tenangkan diri, dengar & hadamkan. Andai benar, minta lah diorang carikan. Andai anda boleh ubah apa-apa, yakin kan diorang. Mungkin lepas mereka jumpa keluarga bakal pasangan anda mereka kata tak boleh, tanya elok-elok kenapa. Restu mak ayah anda sangat penting untuk bawa keluarga anda ke jalan menuju syurga.

Restu Allah jangan lupa, banyakkan Solat Istikharah, jaga syariat, tunang tak perlu heboh-heboh. Yang banyak ujian lepas tunang tu rasanya sebab korang heboh habis 1 dunia. Syaitan dari sepelusuk dunia pon datang la kacau. Kalau korang diam-diam ja, syaitan yang tau pon sikit ja la. Niat kawin pon kena betul, dah tunang pon jaga ikhtilat, jaga pergaulan (Fuh, sebelum kawin, saya & isteri contact pon atas sebab nk tanya pasal kenduri, borang nikah je beb. Bahasa jangan kata la, rasa macam diri tak disayangi pon ada. Aku kau je, ayat pon dingin je. Haha. Lepas kahwin baru la ‘Abang’ ‘Sayang’. Huhu.. Alhamdulillah..)

Mungkin perkongsian ini tak seberapa. Tapi saya harap yang baik dapat diambil, yang salah tegurlah & letak tepi. Sedih tengok banyak confessions sini nikah dengan salah 1 tujuan nk cinta selepas nikah, tapi hancur institusi atas sebab yang boleh dielakkan sebelum bermulanya apa-apa. Semoga berjaya pada adik-adik di sana. Semoga Allah merahmati kita semua. Assalamualaikum.

Sumber : IIUMC
Buat Apa Tergesa-gesa Mahu Kahwin? Buat Apa Tergesa-gesa Mahu Kahwin? Reviewed by Bukan Cincai on 22:02:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.