Sinopsis Drama Budak Magik (TV3)

Sinopsis Drama Budak Magik (TV3)

Tajuk : Budak Magik
Mula Tayangan : 18 Julai 2016
Masa : Setiap Isnin-Rabu, 10.00 Petang
Siaran : TV3
Terbitan : Padi Pictures Sdn Bhd
Jumlah Episod: 15

Pelakon : Firdaus Ghufran, Syamim Razi, Elnisa Husni, Mysarra Syahfiedzrien, Aida Ruyati, Ana Dahlia, Nizen Ayob, Cico Harahap, Kamarool Haji Yusoff, Danish Akasyah

SINOPSIS BUDAK MAGIK
mengisahkan Imran seorang budak yang kuat berimaginasi. Dia sering membayangkan sesuatu yang adventur. Imran meminati magik. Dia juga sering bermimpi dua orang magician berlawan dnegan kuasa magik masing-masing.

Dia juga bermimpi mengenai sebuah buku lama. (CGI EFX) Imran bergaduh di sekolahnya kerana rakan sekolahnya sering memperlekehkan kebolehan magiknya. Imran diberi amaran oleh ayahnya, Johan supaya tidak bergaduh lagi atau dia akan dihantar pulang ke kampung.

Imran kemudian mengikuti lawatan sekolah ke muzium. Sekali lagi terjadi perselisihan faham antara dia dan rakan sekelas lalu akhirnya mereka bergaduh. Johan tiada pilihan melainkan menghantar Imran pulang ke kampung.

Imran tidak suka kehidupan barunya di kampung lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu Myra turut tinggal bersama neneknya, Wan. Ibubapa Myra telah bercerai dan bila ibunya mendapat kerja di Kuala Lumpur, Myra ditinggalkan bersama Wan.
Sinopsis Drama Budak Magik (TV3) Sinopsis Drama Budak Magik (TV3) Reviewed by Bukan Cincai on 14:05:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.