Wanita Ini Bahagia Bersama Lelaki Afrika?

Wanita Ini Bahagia Bersama Lelaki Afrika?

Sering kita dengar cakap-cakap masyarakat kenapa ramai wanita Malaysia khususnya wanita Melayu lebih minat berkahwin dengan lelaki Afrika yang kebanyakan dianggap berkelakuan buruk dan kasar orangnya.

Baru-bru ini, seorang wanita Melayu dari Malaysia setelah berkahwin dengan seorang lelaki Afrika dari Ghana dan melahirkan dua orang anak perempuan telah menghasilkan sebuah buku novel yang berjudul ‘Winter in Africa’ yang mengisahkan segala pengalamannya bersama keluarga mertuanya di Ghana.

“Ramai tanya saya kenapa memilih berkahwin dengan lelaki berkulit hitam sebagai suami, jawapan saya amat mudah, semua ini adalah jodoh yang sudah diatur Tuhan Yang Maha Esa.”

Menurut wanita tersebut yang bernama Zaila Mohamed Ali, nama asal suaminya Puis Ewusi, dan kini telah berubah nama dipanggil Khalid Ewusi.

Wanita Ini Bahagia Bersama Lelaki Afrika?

Pada tahun 2014, Zaila bersama dua orang anak perempuannya kali kedua bertolak ke kampung halaman suaminya iaitu Ghana suatu tempat yang perlu 15 jam tempoh penerbangan dengan jarak 11 ribu 250 km jauh dari Malaysia. Mereka telah tinggal di sana selama 48 hari.

Menurut Zaila, dia dilayan seperti seorang permaisuri ketika di Ghana dan layanan keluarga mertuanya sangat baik sekali.

“Pakaian saya dibasuh oleh mereka, saya dilarang masuk ke dapur, setiap kali tiba waktu makan, mereka akan ambil meja kecil dan kerusi untuk saya dan anak-anak duduk. “

“Dah habis makan, mereka akan bawa pot untuk kami basuh tangan, kami tak payah bangun atau menyusahkan diri apa-apa pun.”

Wanita Ini Bahagia Bersama Lelaki Afrika?


Menurutnya lagi, masyarakat tempatan kata jika anak lelaki berkahwin dengan orang asing atau oberoni adalah satu kebanggaan kerana keluarga terbabit akan memperolehi menantu yang berdarah kacukan.

Walaupun suaminya melayannya dengan sepenuh hati ketika di Ghana, tetapi Zaila rasa sedih ketika suaminya di Malaysia, layanan yang diterima berbeza sama sekali.

“Persepsi di sini, orang Afrika jahat, mereka buat kerja tak senonoh. Persepsi yang mungkin berpunca daripada hebahan media.”

“Saya tak salahkan mereka. Mereka tidak tahu. Sebab itu saya sentiasa di sisi suami dalam apa juga keadaan untuk menjadi penyelamat.”

Menurut Zaila, ramai kawannya yang berkahwin dengan lelaki kacukan Afrika dan turut dapat hidup bersama dengan penuh kebahagiaan. Dia berharap rakyat Malaysia dapat buka mata dan minda menerima mereka.

“Keluarga saya sendiri turut mengambil masa untuk menerima perkahwinan ini sehinggalah anak pertama lahir.”

Wanita Ini Bahagia Bersama Lelaki Afrika?

Zaila yang bekerja di sebuah syarikat penerbitan akhbar dengan menggunakan nama pena Poala Kira Ewusi menulis sebuah buku novel berjudul ‘Winter In Afrika’ yang mengisahkan pengalamannya selama 48 hari berada di Ghana.

Menurut Zaila, sebelum ini, dia sering menghubungi keluarga mertuanya di Ghana menerusi panggilan telefon, walaupun penguasaan bahasa Inggeris mereka tidak bagus, tetapi mereka akan cuba berkomunikasi dengan sebaik mungkin.

Disebabkan suaminya kini menetap di Ghana kerana urusan perniagaan, justeru Zaila berharap suatu hari nanti dia dapat menjalani kehidupan di Ghana juga supaya dapat mengubati kerinduan suami dan keluarga mertuanya.- CARI Infonet
Wanita Ini Bahagia Bersama Lelaki Afrika? Wanita Ini Bahagia Bersama Lelaki Afrika? Reviewed by Bukan Cincai on 14:09:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.