Tips: Cara Menyimpan 30% Gaji Dengan Efisyen

Tips: Cara Menyimpan 30% Gaji Dengan Efisyen

CARA MENYIMPAN 30% GAJI DENGAN EFISYEN BAGI YANG BERGAJI BAWAH RM2,000. DAPAT RM27,800 SELEPAS 3 TAHUN.

Saya selalu ingatkan kepada anda, kalau masih bujang, simpanan bulanan mestilah tidak kurang 30% daripada gaji.

Kalau dah berkahwin, dapat 10% dah cukup baik. Tapi tak kisahlah dah kahwin atau belum, kalau dapat capai sampai 50% lagilah bagus.

Saya sendiri dan juga isteri menyimpan lebih 30% daripada gaji kami masa kumpul modal beli rumah pertama dulu-dulu.

Nak buat simpanan konsisten setiap bulan memang payah. Lagi-lagi kalau takda matlamat. Jadi jom tetapkan matlamat bersama saya.

"Saya nak ada RM27,800 selepas 3 tahun."

"Saya nak beli rumah selepas 3 tahun."

"Saya nak kahwin 3 tahun lagi."

Ramai yang PM tanya saya macam mana nak menyimpan duit kalau gaji bawah RM2,000. Anda sendiri kena jawab. Saya takda jawapan.

Konsepnya, kurangkan komitmen dan tambah pendapatan. Kalau gaji hakiki lambat naik, cari sumber pendapatan kedua, ketiga.

Saya boleh cadangkan supaya anda lakukan simpanan paksaan setiap bulan. Paling senang, gunakan ASB Financing. Setiap bulan wajiblah bayar ansurannya.

Ingat, dengan simpanan cara biasa, anda akan dapat RM19,900 sahaja. Hampir RM8,000 kurang berbanding menyimpan cara ASB Financing ni.

RM8,000 memang tak banyak. Tapi dengan duit tu boleh juga lepas jadi duit hantaran anda nanti ye. Deposit rumah pun cukup tu.

CONTOH ANDA BERGAJI RM1,850.

Panjang pula saya membebel pagi ni. Okeylah. Saya bagi contoh anda bergaji RM1,850 tau. 30% daripada RM1,850 adalah RM555.

Pergi ke bank dan mohon sijil ASB Financing-i RM100,000. Sebelum tu, survey dulu bank mana boleh bagi kadar keuntungan bank rendah (5.1%-5.3%) dan tempoh pembiayaan, 30 tahun.

Pembiayaan: RM100,000
Keuntungan bank: 5.3%
Tempoh pembiayaan: 30 tahun
Ansuran bulanan: RM555
Dividen: 7.25%

Tahun pertama, bayar ansuran bulanan RM555 seperti biasa. Hujung tahun, dividen ASB diumumkan pada kadar 7.25%. Maka, dividen yang anda dapat adalah,

➡ RM100,000 x 7.25% = RM7,250.

Jangan seronok sangat. Jangan usik duit tu. Biarkan dia bersemadi dengan tenang dalam akaun ASB tu.

Anda semakin hampir untuk mencapai matlamat anda. Teruskan bayar RM555 hingga tahun ketiga iaitu pada bulan ke-36. Batalkan sijil dan anda akan dapat RM27,800.

Baki pembiayaan: RM95,500
Prinsipal: RM100,000 - RM95,500 = RM4,500
Dividen terkumpul: RM23,300

➡ Tunai: RM23,300 + RM4,500 = RM27,800.

Modal: RM555 x 12 x 3 = RM19,980
Untung: RM27,800 - RM19,980 = RM7820

(Rujuk gambar di ruangan komen untuk memudahkan pemahaman.)

ASB Financing sebenarnya adalah pelaburan yang bagus untuk bantu anda simpan duit dengan lebih disiplin. Berisiko rendah dan boleh buat sambil goyang kaki.

Okay. Selepas 3 tahun, anda dah ada RM27,800. Bolehlah teruskan dengan apa yang dah anda rancangkan sebelum ni.

Beli kereta secara tunai boleh, kahwin boleh, jadikan modal untuk beli rumah pun boleh.

Selepas 3 tahun takkan gaji anda masih RM1,850 kan? Masa tu, mungkin dah naik ke RM2,500. InsyaAllah, boleh lepas beli rumah.

Dah nampak jalannya? Jadi, sudah-sudahlah beralasan gaji kecil tak boleh nak menyimpan duit.

Semakin kerap beralasan, semakin jauh kita ketinggalan. Masa kita susah nanti, jarang orang nak tolong kita. Jadi, rancanglah kewangan sejak dapat gaji pertama lagi.

Jangan joli sana sini. Gaji kecil, tak puas pun kalau nak joli. Carilah ilmu, melabur, bina aset, sampai satu masa anda akan tersenyum puas melihat apa yang anda dah capai.

Jika kita tak sempat rasa, waris dan ahli keluarga kita pasti dapat manfaatnya. Tidaklah kena terus menyewa atau hidup meminta-minta.

Kalau rasa sesuai dengan anda, boleh ikut cara ni. Kalau tak, sila abaikan dan boleh pakai cara lain yang anda lebih selesa. Serius sangatlah pulak posting kali ni. Haha. - HF

‪#‎harithfaisal‬

Nota: Ini adalah kiraan kasar dan tanpa takaful. Andaian kadar keuntungan bank kekal 5.3% dan dividen ASB sama pada kadar 7.25% sepanjang pembiayaan.

Sumber: Harith Faisal
Tips: Cara Menyimpan 30% Gaji Dengan Efisyen Tips: Cara Menyimpan 30% Gaji Dengan Efisyen Reviewed by Bukan Cincai on 16:32:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.