Tips: Cara Cukur Bulu Ketiak Supaya Tidak Hitam

Tips: Cara Cukur Bulu Ketiak Supaya Tidak Hitam

Membuang bulu ketiak boleh membantu mengurangkan bau dan merupakan norma budaya di banyak tempat. Bercukur adalah salah satu cara paling berkesan yang melibatkan kos rendah untuk menghilangkan bulu ketiak. Kaedah yang paling biasa termasuk menggunakan pisau cukur biasa ataupun pencukur elektrik, manakala penggunaan pencukur lurus adalah tidak digalakkan.

Yang menjadi masalah sekarang adalah kesan selepas mencukur. Ramai yang mengadu mengalami masalah ketiak hitam akibat kerap mencukur bulu. Atas sebab itu, kami ingin kongsikan kepada anda teknik yang betul dalam mencukur bulu ketiak supaya tidak menghitamkan kawasan berkenaan.

Berikut adalah cara-caranya:

1. Cukur dalam keadaan basah

Bagi memudahkan proses mencukur bulu ketiak, basahkan kulit ketiak terlebih dahulu dan mulakan mencukur bulu secara perlahan-lahan. Kulit ketiak yang kering berisiko untuk luka ketika mencukur dan bakal mengalamai kesan sampingan yang tidak elok untuk ketiak anda. Bekas luka juga akan membuatkan ketiak menjadi gelap.

2. Guna pisau cukur berkualiti

Pastikan anda menggunakan pisau cukur yang berkualiti dan bersesuaian. Pisau cukur yang digunakan haruslah tajam dan dalam keadaan yang baik, iaitu bersih dan tidak berkarat.

3. Guna krim mencukur

Teknik selamat dalam mencukur bulu ketiak agar tidak terluka adalah dengan menyapu sedikit krim mencukur pada ketiak sebelum anda memulakan proses mencukur. Krim tersebut akan membantu melembutkan bulu dan melancarkan proses mencukur itu sendiri. Cara ini disarankan buat anda yang memiliki masalah kulit ketiak kering.

4. Guna pelembap

Setelah selesai mencukur bulu, urut lembut kulit ketiak anda dengan menggunakan pelembap seperti krim ataupun losyen badan. Kaedah ini dilakukan bertujuan untuk memberi kelembapan pada kulit ketiak agar ia tidak menjadi kering dan rosak.

5. Tukar pisau cukur secara berkala

Sebagai langkah keselamatan, pisau cukur yang digunakan haruslah diganti secara berkala, setidaknya 3-4 kali setiap bulan. Buang semua pisau cukur yang berkarat dan tidak boleh digunakan lagi. – Wanista
Tips: Cara Cukur Bulu Ketiak Supaya Tidak Hitam Tips: Cara Cukur Bulu Ketiak Supaya Tidak Hitam Reviewed by Bukan Cincai on 12:42:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.