Takde Boyfriend Itu Satu Nikmat Dari Allah

Takde Boyfriend Itu Satu Nikmat Dari Allah

Saya single dan tak pernah couple. Of course ramai yang tanya bila nak kawen, kenapa tak ada boyfriend dan seumpama dengannya. Semestinya saya juga ada keinginan untuk ada teman hidup. Fitrah manusia.

Tetapi, saya sangat yakin jodoh dan maut itu di tangan tuhan. Ramai yang kecam saya kerana saya tak berusaha mencari. Siap ada cakap, kalau tak usaha, macam mana nak dapat. Allah bagi ikut usaha kita. Allah suruh kita usaha. Ye, saya faham tentang konsep usaha tersebut. Tetapi saya pelik tentang konsep usaha yang mereka maksudkan. Mereka suruh saya cari boyfriend , sedangkan itu adalah haram di sisi Allah. Takkan Allah suruh buat benda yang dilarang kot?

Saya bukanlah seorang yang kuat agama. Tapi salah satu sebab yang menyekat saya untuk couple kerana saya tahu itu haram. Saya banyak kawan lelaki. Selalu lepak dengan mereka. Memang susah nak jaga ikhtilat. Cukuplah dosa itu yang saya lakukan, saya tak mahu tambah lagi dengan dosa ada boyfriend.

Sekurang-kurangnya saya tak contact or jumpa dengan kawan lelaki terlalu kerap. Tapi kalau ada boyfriend, confirm la selalu contact. Tak pasal-pasal hari2 saya buat dosa. Dah la buat dosa, dosa itu pula disalurkan ke ‘akaun’ ibu bapa kita tanpa mereka sedari. Tak kesian ke kat ibu ayah tu? Hmm.

So, tak payahlah suruh golongan single ni pegi cari laki, sebab saya rasa takde boyfriend itu satu nikmat dari Allah. Sekurang-kurangnya Allah selamatkan kami dari berterusan melakukan dosa. Alhamdulillah.

Lagi pun, not everyone terkejar sangat nak ada laki. Ada golongan yang sangat comfortable with being single. Nanti tiba masanya kami kahwin la. Kami cuma rasa selesa single buat masa sekarang ni. Kalau tak boleh faham kami, just diam and jaga tepi kain kau.

Buat yang single tapi teringin sangat nak ada pasangan hidup, bersabarlah. Focus on what you have now. Just enjoy your life.

Kebahagiaan kita bukan terletak pada boyfriend atau suami. Letakkan kebahagiaan tu pada diri kita, in shaa Allah kita akan bahagia. Lagi satu, kalau kita tak bahagia, macam mana kita nak bahagiakan orang lain?  – Ann
Takde Boyfriend Itu Satu Nikmat Dari Allah Takde Boyfriend Itu Satu Nikmat Dari Allah Reviewed by Bukan Cincai on 22:55:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.