Sinopsis Telemovie Tetamu Ramadan (TV3)

Sinopsis Telemovie Tetamu Ramadan (TV3)

Tajuk : Tetamu Ramadan
Tarikh : 25 Jun 2016
Masa: Sabtu, 9.00 malam
Siaran : TV3
Terbitan : Suhan Movies & Tradin Sdn Bhd

Pelakon : Aeril Zafrel, Nam Ron, Wawa Zinal, Fazlina Ahmad Daud, Kidd Hakim Zahar. 

SINOPSIS TETAMU RAMADAN
Tetamu Ramadan, saat insan lain gembira menyambut kedatangan Ramadan, perasaan Halimah berbaur. Dia gembira kerana bakal bertemu Ramadan sekali lagi, tetapi sedih mengenangkan sikap anak tunggalnya Hazim yang memandang ringan kepada tuntutan rukun Islam yang ketiga itu.

Sejak kecil Hazim sudah dididik untuk berpuasa dan menjalankan kewajipan lain sebagai seorang muslim. Tetapi apabila meningkat remaja, pergaulan di kolej dan di tempat kerja, turut mengubah perangainya. Dia mula culas menjalankan kewajipan sebagai seorang muslim.

Solat, puasa malah hal-hal lain dipandang ringan sahaja oleh Hazim. Puas Halimah dan suaminya Khaidir mengingatkan Hazim untuk kembali ke jalan ALLAH sebagaimana pernah dilalui sebelum itu.Tetapi Hazim semakin hanyut oleh pangkat dan kesibukan di tempat kerja pula.

Halimah dengan Khaidir, pernah memasang impian supaya Hazim menjadi seorang Hafiz dan menjadi seorang ustaz. Tetapi Hazim berkeras tidak mahu di hantar ke pusat tahfiz. Halimah dengan Khaidir mahu Hazim mencuba.
Sinopsis Telemovie Tetamu Ramadan (TV3) Sinopsis Telemovie Tetamu Ramadan (TV3) Reviewed by Bukan Cincai on 11:59:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.