Sinopsis Telemovie Kau Ilhamku

Sinopsis Telemovie Kau Ilhamku

Tajuk : Kau Ilhamku
Tarikh : 4 Jun 2016
Masa: Sabtu, 9.00 malam
Siaran : TV3
Terbitan : Enuja Production Sdn Bhd

Pelakon : Izzy Zulkhazreef, Izreen Azminda, Ghazali Abu Bakar, Dato Aziz Singah, Fauzi Nawawi, Jasmin Hamid

SINOPSIS KAU ILHAMKU
Ramzi menghadapi kenakalan anak lelakinya Jefri yang berusia 17 tahun. Apabila dimarahi oleh Cikgu Suzanna, Jefri melonggarkan keempat-empat roda kereta gurunya sehingga dia digantung sekolah. Hal ini mengimbas kembali kesalahan yang sama yang pernah dilakukan oleh Ramzi 35 tahun yang lalu. Pada waktu itu setelah dirotan oleh Cikgu Kassim, Ramzi memutuskan brek motosikal gurunya dan atas kesalahan lain yang dilakukannya Cikgu Kassim ditukarkan ke sekolah lain. Namun, Ramzi tidak pernah memohon maaf. Apabila melihat kenakalan Jefri, Ramzi amat menyesal dan sentiasa berusaha mencari Cikgu Kassim untuk memohon maaf. Tanpa disangka rupa-rupanya Cikgu Suzanna ialah anak Cikgu Kassim. Pada akhir cerita ini Ramzi berkesempatan menemui Cikgu Kassim dan memohon maaf atas kesalahannya yang mungkin mmenggores hati cikcunya itu. Jefri juga mula berubah.
Sinopsis Telemovie Kau Ilhamku Sinopsis Telemovie Kau Ilhamku Reviewed by Bukan Cincai on 13:44:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.