Sinopsis Telemovie Ayah Mertuaku

Sinopsis Telemovie Ayah Mertuaku

Tajuk : Ayah Mentuaku
Tarikh : 13 Jun 2016
Masa: Isnin, 8.30 malam
Siaran : TV9
Terbitan : ZK Creative Production Sdn Bhd

Pelakon : Hafidz Roshdi, Bella Dally, Faizal Hussein, Lisdawati, Ika Nabella, Muhammad Nur Akhiar Sukor

SINOPSIS AYAH MERTUAKU
Nisa dan Hakimi adalah pasangan suami isteri. Nisa adalah seorang model pakaian muslimah dan Hakimi seorang pengurus di syarikat ayahnya.

Kehidupan mereka aman damai sehinggalah orang sekeliling mula bertanyakan soal cahaya mata. Situasi ini tidak sedikit pun mengurangkan kasih sayang mereka sehinggalah Tuan Husin iaitu ayah Hakimi turut asyik bertanyakan tentang cucu. Dari mula, Tuan Husin tidak suka bermenantukan seorang model.

Tuan Husin adalah seorang ayah yang tinggi egonya, berhati kering, seorang yang mulut laser, suka judgemental dan selalu merasakan pendapatnya seorang sahaja yang betul. Namun keegoannya bukanlah sehingga menyentuh bab agama, cuma egonya ketara kepada menantunya.

Desakan Tuan Husin tentang soal cucu membuatkan Hakimi tertekan dan Nisa berkecil hati dengan ayah mertuanya. Sebenarnya sejak dari mula lagi Tuan Husin mahu menjodohkan Hakimi dengan Shaza iaitu eksekutif kanan di pejabatnya.
Sinopsis Telemovie Ayah Mertuaku Sinopsis Telemovie Ayah Mertuaku Reviewed by Bukan Cincai on 16:42:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.