Kempen Pecahkan Cermin Sisi Kereta Yang Menggunakan Laluan Kecemasan

Kempen Pecahkan Cermin Sisi Kereta Yang Menggunakan Laluan Kecemasan

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain berkata, penunggang motosikal yang melanggar undang-undang dengan merosakkan kenderaan lain yang menggunakan lorong kecemasan, boleh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat, laporan News Straits Times.

Ekoran banyak insiden yang berlaku disebabkan faktor kecuaian atau pemanduan yang tidak berhemah, kempen tersebut menyarankan agar penunggang motosikal menendang kereta yang memasuki lorong kecemasan, menukar lorong tanpa memberikan lampu isyarat, memotong barisan dan memarkir di garisan kuning berkembar.

“Ia adalah satu kesalahan, tanpa menghiraukan sama ada ia niat penunggang motosikal itu untuk menghalang atau menghalau pemandu lain dari menggunakan lorong kecemasan,” ujarnya ketika dihubungi oleh akhbar berkenaan bagi menjawab isu yang sedang viral yang mendapat ‘Like’ lebih dari 10,000 dan pengkongsian melebihi 14,000.

Katanya lagi, walau pun mahu memberikan pengajaran kepada pengguna jalan raya agar tidak menggunakan lorong kecemasan atas dasar kepentingan sendiri, dengan menendang atau merosakkan kenderaan yang terbabit, penunggang motosikal ini dinasihatkan tidak ‘membuat undang-undang sendiri’.

Terdahulu, viral di media sosial video sekumpulan penunggang motosikal yang menendang ‘side mirror’ kenderaan yang menyalahgunakan lorong kecemasan sebagai pengajaran.

Mohd Nadzri berkata, penunggang motosikal terbabit bukan sahaja melakukan satu kesalahan, tetapi dua kesalahan kerana turut menyalahgunakan lorong kecemasan.

“Lorong kecemasan tidak boleh digunakan walaupun motosikal,” katanya.

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan sekumpulan penunggang motosikal terbabit yang dianggap tidak bertamadun dan tidak sedar akan kesalahan diri mereka yang turut menyalahgunakan lorong berkenaan.

“Berlagak nak tunjuk pandai, tetapi sebenarnya bodoh. Nampak sangat masa di akademi belajar memandu tak dengar apa yang guru ajar di depan bahawa semua kenderaan persendirian tidak boleh menggunakan lorong kecemasan.” kata netizen
Kempen Pecahkan Cermin Sisi Kereta Yang Menggunakan Laluan Kecemasan Kempen Pecahkan Cermin Sisi Kereta Yang Menggunakan Laluan Kecemasan Reviewed by Bukan Cincai on 14:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.