Jenis Jenis Merecun Di Malaysia Yang Legend

Mercun boleh di definisikan sebagai alat yang digunakan untuk menghasilkan bunyi yang boleh membuat orang lain melatah kerana terkejut dengan bunyi mercun tersebut.

Antara sebab mercun diharamkan dijual di pasaran terbuka kerana terdapat banyak kejadian kanak-kanak putus jari dihari raya. Kes-kes ini pula disensasikan oleh media arus perdana yang ingin melariskan akhbar mereka. Ini salah satu sebab kenapa kami anti dengan media arus perdana.

1. Mercun papan

Mercun papan

Mercun papan ni agak popular suatu masa dulu. Sekali bakar terus meletup bertubi-tubi. Masa Tahun Baharu Cina ini adalah merecun yang biasa mereka gunakan.

2. Mercun bola

Mercun bola
Tengok bentuk sudah tahu kan ni jenis mercun apa? Ini adalah mercun bola kerana bentuknya yang bulat seperti bola. Mercun ini agak bahaya kerana banyak kes putus jari, putus halkum, etc di sebabkan main mercun ni. Tak dapat nak salam Ibu Bapa raya nanti.

3. Mercun telur

Mercun telur
Yang ni adalah mercun telur. Bentuk mercun seperti telur ayam. Saiznya lebih kurang macam telur ayam (GRED C) yang anda beli di kedai runcit tu. Mercun telur tiada kaitan sama sekali dengan telur lelaki.

4. Mercun mancis

Mercun mancis
Mercun ni berbentuk seperti mancis kayu tapi gemuk sikit dari mancis kayu.

5. Mercun ketupat

Mercun ketupat, mercun ni tak boleh di makan walaupun bentuknya seakan-akan ketupat. Jangan jadi bangang makan mercun ini. Kalau di makan nescaya meletup di perut.

6. Mercun lebah

Mercun lebah
Mercun ni digelar mercun lebah kerana mercun ni kejar orang. Cara untuk melarikan diri dari mercun ni adalah jangan main mercun ni.

7. Mercun naga

Mercun naga
Mercun naga, mercun yang menghasilkan percikan api seakan-akan naga. Walaupun bunyinya tidak kuat, tapi percikan apinya sangat bahaya. Kalau kena kulit boleh tinggal tulang jer, tak dapat lah nak beraya.

8. Mercun roket

Mercun roket
Mercun rocket adalah mercun yang sangat menarik untuk di mainkan. Ini kerana mercun ini mampu terbang tinggi berdasarkan sudut yang kita tentukan. harga dulu 30 sen sebatang. Sekarang?

9. Thunder clap

Thunder clap
Meletup kuat di udara. Mercun ini akan mengeluarkan corak di udara seperti bintang. Mercun ini biasanya berkumandang pada sambutan tahun baharu setiap tahun.

10. Pop pop

Pop pop
Mercun yang paling selamat untuk di mainkan dan sesuai untuk kanak2 riang serta gadis-gadis ayu. Caranya hanya melemparkan ke permukaan yang keras seperti lantai simen dan pergeseran antara batu2 kecik itu mengsilkan bunyi pop bukanya bunyi kentut.

11. Mercun katak

Mercun katak
Dah nama pun mercun katak. Yang ni meletup sambil melompat lompat. Mercun ini tidak seperti katak yang memanggil hujan ianya hanya berbunyi sambil melompat. Canggih kan.

12. Mercun das@mercun buih

Mercun das@mercun buih
Mengeluarkan banyak warna dan percikan api kelihatan seperti buih yang berwarna warni.

13. Mercun tarik

Mercun tarik
tarik tali kiri dan kanan pastu meletop.

14. Mercun ayam

Mercun ayam
Mercun ini tidak pandai berkokok seperti ayam tetapi ia mengeluarkan bunyi yang mampu memeriahkan suasana hari raya walau di mana pun jua.

15. Meriam Buloh

Meriam Buloh
Meriam buloh ni kombinasi air denga kabait. Dulu-dulu guna buloh dah sekarang dah upgrade selaras dengan perkembangan teknologi. Sekarang guna tiang eletrik atau paip air yang besaq.
Jenis Jenis Merecun Di Malaysia Yang Legend Jenis Jenis Merecun Di Malaysia Yang Legend Reviewed by Bukan Cincai on 16:31:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.