Hukum Mimpi Basah Bagi Lelaki Di Siang Hari Ketika Sedang Berpuasa

Hukum Mimpi Basah Bagi Lelaki Di Siang Hari Ketika Sedang Berpuasa

Mimpi basah adalah (pelepasan nokturnal) pengeluaran cecair semen (mani) di waktu tidur dan hanya dialami oleh laki-laki. Mimpi basah sering dialami oleh remaja laki-laki, yang sekaligus menjadi tanda bahawa ia telah memasuki masa akil baligh.

Perkara ini boleh dicetuskan mimpi yang erotis maupun tidak, tergantung dari yang mengalami mimpi itu sendiri (khususnya bila ia seorang lelaki dewasa). Pengeluaran ini boleh berlaku tanpa disertai ereksi atau ejakulasi. Semakin bertambahnya umur maka mimpi basah ini semakin jarang dialami.

Mimpi basah tergantung dari respons fizikal orang yang mengalami mimpi tadi. Peristiwa ini adalah mekanisme yang alami akibat vesikel mani (poket sperma) telah penuh dengan sperma yang dihasilkan oleh testis. Akibatnya beg sperma yang telah penuh tidak boleh menampung lagi, dan akhirnya dikeluarkan melalui zakar pada saat seorang laki laki mengalami mimpi basah.

Soalan: Apa hukum mimpi basah ketika sedang berpuasa? Batalkah puasanya?

Jawapan: Keluar mani ketika berpuasa, hukumnya ada dua:

1. Mengeluarkan mani dengan cara disengajakan atau dipaksa, maka puasanya batal. Baik dengan cara onani mahupun ketika bercumbu dengan isteri, hingga keluar mani.

Syekh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin mengatakan,

“Termasuk pembatal puasa adalah mengeluarkan mani dengan syahwat (sengaja dikeluarkan). Yang demikian itu menyebabkan puasanya batal. Dalilnya adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadis Qudsi, “Allah berfirman,

يَدَعُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي

‘Orang yang berpuasa itu meninggalkan makanan, minuman, dan syahwatnya kerana diri-Ku.‘”
(H.R. Bukhari dan Abu Daud). (Liqa’at Bab Al-Maftuh, volume 50, hlm. 10)

2. Keluar mani yang tidak di sengajakan, hukumnya tidak sampai membatalkan puasa.

Misalnya, mimpi basah di siang hari pada bulan Ramadan. Sebabnya, orang yang tidur tidak mampu mengendalikan mimpinya. Demikian pula, syahwat yang memuncak di kala mimpi basah hingga keluar mani, itu terjadi di luar kemampuannya. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

رفع القلم عن ثلاثة عن المجنون المغلوب على عقله حتى يفيق وعن النائم حتى يستيقظ وعن الصبى حتى يحتلم

“Pena catatan amal itu diangkat (tidak dicatat amalnya), untuk tiga orang iaitu:

1. Orang gila sampai dia sedar
2. Orang yang tidur sampai dia bangun
3. Anak kecil sampai dia baligh.”
(HR. Nasa’i 3432, Abu Daud 4398, Turmudzi 1423, dan disahihkan Syuaib al-Arnauth)
Hukum Mimpi Basah Bagi Lelaki Di Siang Hari Ketika Sedang Berpuasa Hukum Mimpi Basah Bagi Lelaki Di Siang Hari Ketika Sedang Berpuasa Reviewed by Bukan Cincai on 20:59:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.