Fatin: Juara Clever Girl Malaysia 2016

Fatin: Juara Clever Girl Malaysia 2016

Walaupun Clever Girl Malaysia merupakan rancangan realiti baru, sambutan yang diterima oleh penonton boleh dikatakan menyengat. Clever Girl nyata mempunyai tarikan tersendiri serta punyai content yang berbeza dari rancangan realiti TV lain.

Setelah 10 minggu rancangan itu dijalankan, akhirnya semalam seorang gadis bernama Fatin telah dinobatkan sebagai juara edisi sulung Clever Girl Malaysia. Wakil dari Kelantan itu telah mengenepikan 3 lagi pencabarnya iaitu Arina (Selangor), Mary (Pahang) dan Lam Wai Chuin (Perak). Tapi siapakah disebalik nama Fatin ni eh?

Orang Kelate

Fatin: Juara Clever Girl Malaysia 2016

Semua sedia maklum bahawa Fatin atau nama sebenar Fatin Nuraisya Mohd Hanipha berasal dari Kelantan. Nampak raut wajah alahaii comelnya macam budak lepasan belajar di Universiti. Tapi tahukah anda bahawa umur Fatin dah mencecah 28 tahun? Awet muda ni.

Fatin: Juara Clever Girl Malaysia 2016

Gadis comel ni kalau korang nak tahu merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang International Islamic University Malaysia. Wahh, belajar di UIA rupanya Fatin ni.

Fatin: Juara Clever Girl Malaysia 2016

Patut la dapat masuk Clever Girl Malaysia sebab Fatin ni sebenarnya seorang peguam atau orang putih panggil ‘Lawyer’. Bukan sekadar dapat masuk rancangan tu je malah terus merangkul juara. Alhamdulillah rezeki Tuhan nak bagi kan?

Fatin: Juara Clever Girl Malaysia 2016

Jika anda follow Instagram Fatin, boleh dikatakan dia merupakan seorang ‘coffee drinker’. Coffee merupakan minuman wajib sebelum melakukan sebarang aktiviti untuk bagi tidak mengantuk dan kekal bertenaga! Kami tahu sebab kami pun ‘hantu’ coffee. Hehe

Fatin: Juara Clever Girl Malaysia 2016

Ni baru jadi peserta Clever Girl, belum jadi artis popular lagi. Baru-baru melalui laman Facebook, Fatin telah muat naik status berbaur lucah. Tetapi sebenarnya itu bukan lah Fatin, ada orang busuk hati buat akaun ‘Fake’ dan mungkin ada niat ingin memburukkan reputasi Fatin. Haihh sabar je la..

Fatin: Juara Clever Girl Malaysia 2016

Pernah tersingkir tapi di serap masuk?

Pernah tersingkir tapi di serap masuk?

Bagi anda yang mengikuti perkembangan rancangan ni. Anda mesti tahu bahawa Fatin pernah tersingkir pada minggu ke-5, namun pihak penerbitan buat kejutan bahawa ada peserta diserap balik dan gadis bertuah itu adalah Fatin.

Clever girl ke lucky girl?

Clever girl ke lucky girl?

Walaupun Fatin sudah dinobatkan sebagai juara, namun ada sesetengah pihak yang masih kurang senang dengan kemenangannya tu. Ramai yang menganggap bahawa Fatin lebih kepada bernasib baik. Takpe lah, mungkin peserta kegemaran mereka tidak menang kot. Tapi apa-apa pun kami nak ucapkan tahniah kepada Fatin the clever girl!

Komen Tentang Kemenangan Fatin Clever Girl

Fatin: Juara Clever Girl Malaysia 2016 Fatin: Juara Clever Girl Malaysia 2016 Reviewed by Bukan Cincai on 13:54:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.